| Seorang
lelaki ditahan polis semalam dipercayai menjalankan kegiatan jenayah
pecah rumah di Taman Kosas Ampang, Selangor. Lelaki berusia 47 tahun itu
ditahan oleh sepasukan polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta
Unit Kereta Peronda (MPV) daerah Ampang Jaya. Pemeriksaan
polis terhadap lelaki tersebut telah menemui pelbagai peralatan pecah
rumah serta pelbagai barangan berharga yang dipercayai hasil daripada
kegiatan jenayah pecah rumah. Semakan rekod juga mendapati lelaki
tersebut mempunyai 23 rekod jenayah lampau dan positif dadah. 
Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor |