Menu

Syabu 18 Juta Berjaya Dirampas

Bukit Aman, 17 April - Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman berjaya menumpaskan satu sindiket dadah yang direkodkan antara yang terbesar tahun ini dengan rampasan membabitkan syabu bernilai RM18 juta. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, berkata lima lelaki termasuk seorang warga Singapura berusia 21 hingga 58 ditahan dan Syabu seberat 125 Kilogram dirampas dalam beberapa siri serbuan di Subang Jaya dan Melaka, Selasa lalu.


“Sindiket pengedaran dadah ini dipercayai bekerjasama dengan jaringan luar negara bagi tujuan menyeludup masuk bekalan dadah ke Malaysia melalui jalan laut”.

“Taktik yang digunakan sindiket ini untuk mengaburi pihak berkuasa daripada dikesan dengan menyembunyikan bahan terlarang itu di dalam kontena bersama barang-barang import yang lain,” katanya lagi.

Kesemua mereka telah ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan dibawah seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihak polis akan terus menyiasat kegiatan sindiket dadah ini bagi tujuan mengenal pasti lain-lain ahli sindiketnya yang masih bebas di luar sana.



Sumber: STING Bukit Aman
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS