| Johor,
9 April – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan tiga lelaki
warga tempatan dipercayai menjalankan aktiviti penangkapan ikan di
kawasan larangan di perairan Teluk Kerang, Pontian petang semalam. Komander
PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata sebuah bot pukat
tunda dilihat sedang menunda jaring di kawasan kurang daripada 5 batu
nautika dari pantai oleh PPM Wilayah Dua semasa menjalankan rondaan Ops
Pensura di Perairan Pontian. "Perbuatan
penangkapan ikan di dalam kawasan larangan iaitu kurang dari 5 batu
nautika dari pantai akan menyebabkan kepupusan spesis ikan, plankton dan
merosak ekologi persisiran pantai," katanya lagi. Pihak
polis turut merampas bot nelayan bersama muatan ikan dan diserahkan
kepada Jabatan Perikanan Johor Bahru untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Sek 8b Akta Perikanan 1985.  Sumber : Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor |