Bentong, 6 Mac - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita
dipercayai
terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di hadapan sebuah hotel
di Jalan Jati, dekat Gohtong Jaya, Genting Highlands Selasa lepas.
Ketua
Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata ketiga-tiga
suspek masing-masing berusia lingkungan 30an ditangkap selepas menerima
maklumat orang awam.
"Dalam serbuan pukul 4.45 pagi itu, polis menemui tiga jenis dadah
iaitu ketamine, pil Erimin 5 dan pil ecstasy pada suspek pertama yang juga seorang tukang servis penyaman udara.
"Seterusnya
hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Mitsubishi yang dinaiki
ketiga-tiga suspek tersebut menemui dua jenis dadah pil Erimin 5 dan
ketamine," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata rampasan keseluruhan dadah itu bernilai lebih RM11,000.
"Siasatan
awal mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Mereka kini ditahan di IPD Bentong untuk siasatan lanjut," katanya.
Sumber: BERNAMA |