Menu

Ucapan Tahniah KPN

Ketua Polis Negara melalui Twitter rasmi beliau mengucapkan syabas kepada semua petugas Polis Diraja Malaysia bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana telah menunjukkan sikap professional dan sifat sabar yang harus dipuji sepanjang tempoh berkempen dan proses mengundi serta kerjasama yang ditunjukkan semua pihak terutamanya calon-calon yang bertanding dalam memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar.

Selain itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah memenangi kerusi DUN Kajang dalam PRK yang dijalankan.

Sumber : Akaun Twitter Rasmi Ketua Polis Negara

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS