| Melaka,
14 Feb - Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang memulakan rondaan cegah
jenayah sejak akhir bulan lepas di negeri ini mampu memberikan
persekitaran lebih selamat kepada masyarakat, kata Ketua Polis Melaka
Datuk Chua Ghee Lye. Beliau
berkata tindakan cekap dan pantas anggota URB terhadap sesuatu insiden
jenayah seterusnya dapat meningkatkan tahap kayakinan masyarakat kepada
polis. Katanya
URB Melaka yang dianggotai 51 anggota melakukan rondaan di kawasan
perumahan, premis perniagaan dan kawasan perindustrian di seluruh negeri
membabitkan tiga daerah. "Setiap
daerah akan mempunyai 17 anggota URB untuk lakukan rondaan," katanya
dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini hari
ini. Terdahulu
beliau merasmikan penutupan latihan dalam perkhidmatan pengendalian
motosikal URB selama tiga hari bermula 12 Feb lepas melibatkan 51
anggota URB Melaka. Beliau berkata dengan adanya unit URB, kekerapan pemantauan jenayah di negeri ini dapat ditingkatkan. Sumber : BERNAMA |