Kumpulan perompak dikenali 'Geng Ady’ yang bermaharajalela melakukan
rompakan sekitar ibu negara berjaya ditumpaskan dalam satu operasi,
kelmarin.
Pihak
polis turut merampas sebuah teksi, empat buah set walkie-talkie, dua
bilah parang, wang tunai RM4,000 dan pelbagai barangan lain. Kumpulan
ini dipercayai sudah melakukan rompakan sebanyak 20 kali pada tahun ini
dan dua lagi ahli kumpulan terbabit masih diburu.
Kesemua
ditahan direman selama 14 hari dan kes disiasat di bawah Seksyen
395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.
Sumber: Sinar Harian