Menu

DUA PELAJAR TINGKATAN LIMA DITAHAN CURI MOTOSIKAL DI RAUB

Kuantan, 20 Jun - Dua pelajar tingkatan lima yang dipercayai mencuri sebuah motosikal jenis Honda C100 yang dilaporkan hilang di tempat letak kenderaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali, Raub ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Shamsudin Wan Osman berkata, bertindak
atas risikan dan maklumat orang awam polis menahan seorang daripada pelajar
berkenaan di sebuah rumah tidak bernombor di Dong, sebelum bertindak menahan
rakan subahatnya.

"Hasil siasatan mendapati, pelajar itu mengaku mencuri motosikal tersebut
bersama seorang rakannya serta telah meleraikan komponen motosikal itu untuk
dijual ke sebuah bengkel milik rakan mereka," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata suspek kedua ditahan di rumah keluarganya di Dong dan polis
menemui komponen motosikal yang telah dileraikan di dalam semak dekat Kampung
Pintu Padang.

Kedua-dua pelajar berkenaan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub
untuk sisatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.



Sumber: BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS