Sepang - Polis berjaya menumpaskan geng samun kedai serbaneka 24 jam dan
curi motosikal di sekitar daerah ini, Banting dan Nilai serta Seremban,
Negeri Sembilan selepas tertangkapnya sembilan individu dalam beberapa
serbuan berasingan baru-baru ini.
Kesemua
ahli kumpulan membabitkan lapan remaja lelaki dan seorang remaja
perempuan berumur dalam lingkungan 16 hingga 19 tahun itu tidak
mempunyai pekerjaan dan tercicir daripada alam persekolahan.
Sumber: Akhbar Kosmo