Miri, 18 Jun - Polis menahan tujuh anggota Geng Botak termasuk seorang
suspek utama yang terlibat dalam kes samun dan cubaan merogol seorang
guru serta pelajar tingkatan dua di sini.
Ketua Polis Miri ACP
Gan Tian Kee berkata tujuh suspek itu kesemuanya lelaki rakyat tempatan
berumur antara 20 hingga 35 tahun ditahan polis di pelbagai lokasi di
sini dalam dua hari lepas.
"Permohonan
perintah tahanan reman akan dibuat pada petang ini, kita yakin dengan
tangkapan suspek ini beberapa kes jenayah samun dan jenayah lain dapat
diselesaikan" katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Gan
berkata, polis turut merampas barang kemas dan telefon bimbit milik
seorang guru wanita berusia 23 tahun yang disamun oleh suspek utama yang
berusia 20-an, Isnin lepas.
Sumber: BERNAMA