POLIS TAHAN 30 INDIVIDU, SERAH 134 WARAN TANGKAP DALAM OP WARTA DI P.PINANG
Butterworth, 17 Jun - Polis Pulau Pinang menahan 30 individu dan
menyerahkan 134 waran tangkap kepada pesalah trafik dalam tempoh 16 jam
Op Warta di negeri ini bermula semalam hingga lima petang ini.
Ketua
Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang Superintenden Ibrahim
Abu Bakar berkata 30 individu berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun itu
ditahan dalam pemeriksaan terhadap 647 kenderaan dalam beberapa siri
sekatan jalan raya.
Beliau
berkata individu yang ditahan akan didakwa atas pelbagai kesalahan dan
mereka diarah membayar saman tertunggak."Secara keseluruhan, Pulau
Pinang mencatat sejumlah 14,540 pesalah trafik yang gagal melunaskan
tunggakan saman lampau membabitkan pelbagai pelanggaran undang-undang
lalu lintas," katanya kepada pemberita selepas Op Warta di Plaza Tol
Sungai Nyior di sini hari ini.
Ibrahim berkata pihaknya turut menambah waktu operasi kaunter bayaran
sehingga
8 malam bagi membolehkan orang ramai membayar saman mereka."Kami
berharap dapat mengesan kesemua pesalah trafik di negeri ini, tindakan
diambil adalah sebagai satu peringatan kepada pengguna jalan raya agar
tidak memandang ringan terhadap kesalahan lalu lintas yang dilakukan,"
katanya.
Sumber: BERNAMA