POLIS TAHAN TUJUH LELAKI, RAMPAS ENAM KENDERAAN CURI
Butterworth, 12 Jun - Polis Pulau Pinang menemui semula enam buah
kenderaan termasuk sebuah lori yang dilaporkan dicuri dan menahan tujuh
lelaki anggota sindiket mencuri kenderaan dalam dua serbuan di negeri
ini semalam.
Timbalan
Ketua Polis Negeri Datuk A.Thaiveegan berkata tiga lelaki berusia 30
hingga 40 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di dua buah bengkel
kenderaan di Bagan Jermal dan Taman Kerapu, di sini dalam operasi pada 1
tengah hari semalam.
"Menerusi
Ops Cantas Khas itu, polis berjaya mengesan dua buah bengkel yang
dipercayai milik anggota sindiket mencuri kenderaan dan menjadi lokasi
sindiket berkenaan menyimpan untuk diubah suai sebelum menjual kepada
pihak tertentu. "Hasil pemeriksaan kita menemui tiga buah kereta
pelbagai jenis di bengkel di Bagan Jermal dan tiga kenderaan termasuk
sebuah lori di bengkel di Taman Kerapu yang dipercayai dicuri.
Semuanya
bernilai RM400,000," katanya pada sidang akhbar, di sini malam
tadi.Katanya tujuh lelaki termasuk empat warga Myanmar yang ditahan itu
merupakan pemilik dan pekerja di dua bengkel berkenaan yang dipercayai
anggota sindiket mencuri kereta yang bergerak aktif di sekitar Pulau
Pinang dan Kedah sejak beberapa bulan lepas.
Thaiveegan
berkata siasatan juga mendapati dua daripada kenderaan yang ditemui
semula itu dilaporkan hilang di Kedah baru-baru ini manakala selebihnya
hilang di sekitar negeri ini sejak dua bulan lepas."Modus operandi
sindiket ini adalah mencuri kereta atau apa sahaja kenderaan dan membawa
ke beberapa bengkel anggota mereka sebelum ia diubah suai atau
dileraikan komponennya dan dijual kepada pembeli dengan harga murah,"
katanya.
Katanya
mereka yang ditahan itu direman bagi membantu siasatan dan kes
berkenaan disiasat menurut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi
kenderaan.Beliau berkata usaha mengesan anggota sindiket itu giat
dijalankan dan pihaknya percaya dengan penahanan tiga lelaki berkenaan
polis akan dapat menumpaskan geng tersebut.
"Polis
Pulau Pinang akan meneruskan Ops Cantas Khas kita dalam usaha
membendung dan membanteras kegiatan jenayah di negeri ini terutama
kes-kes melibatkan curi kenderaan yang merupakan faktor kepada
peningkatan indeks jenayah di Pulau Pinang," katanya.
Sumber: BERNAMA