Menu

TIGA DITAHAN CUBA SELUDUP KELUAR KAYU BALAK DI SARAWAK

Kuching, 12 Jun – Usaha Pasukan Polis Marin (PPM) membanteras penyeludupan kayu balak perlu dipuji apabila berjaya menahan tiga lelaki warga tempatan di dua lokasi berasingan di daerah tersebut awal pagi tadi.

Operasi Landai yang diketuai oleh ASP Muhammad Sallam Spawi bersama enam anggota PPM telah menjalankan pemeriksaan terhadap tiga buah lori treler yang dipandu suspek di Jalan Kilang, Bintawa dan Jalan Serikin Bau.

Komander PPM Wilayah Lima Superintendan Mohd Yazib Abd Aziz berkata hasil pemeriksaan terhadap ketiga-tiga lori treler berkenaan telah menjumpai 104 batang kayu balak yang dianggarkan bernilai RM132,670 .

“Pemeriksaan lanjut terhadap ketiga-tiga lori berkenaan mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen yang berkaitan dan pegawai operasi bertindak menahan ke semua suspek yang juga pemandu lori tersebut”.

“Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 44 tahun hingga 57 tahun bersama kayu balak serta lori dirampas di bawa ke Markas PPM untuk diserahkan ke Jabatan Perhutanan bagi tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Sumber: PPM
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS