Pada 10 Jun 2014, jam 10.15 malam, sepasukan pegawai dan anggota
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Seri Alam telah menyerbu dan
membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah di Taman Scientex, Pasir
Gudang. Hasil serbuan telah merampas ganja sebanyak 33 gram dan
menangkap seorang lelaki Melayu.
Semasa
pemeriksaan pihak polis juga telah jumpa kunci kereta Mercedes dalam
poket seluar suspek. Tindakan susulan pihak polis telah periksa kereta
tersebut yang diletakkan di sebuah kawasan belakang bengkel membuat
grill besi di Kampung Bukit Pulai Baru, Pasir Gudang. Hasil pemeriksaan
jumpa 41 ketul ganja anggaran berat kasar 40.6 kilogram dalam boot
kereta tersebut bernombor pendaftaran SJP 3818 k.
Sumber: IPK Johor