40 PENDATANG ASING DITAHAN DI LADANG SAWIT DI KINABATANGAN
Kinabatangan, 22 Jun - Empat puluh pendatang tanpa izin ditahan dalam satu operasi di sebuah ladang sawit dekat sini hari ini.
Ketua
Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata 34 daripada
pendatang tanpa izin adalah warga Filipina berusia antara dua hingga 45
tahun manakala enam lagi warga Indonesia berusia antara 21 hingga 59
tahun.
Kesemua
mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tidak
memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, katanya ketika dihubungi
Bernama.
Menurutnya
dalam operasi bermula pukul 2 pagi dan berakhir 6 pagi itu, 86 warga
asing diperiksa dan hanya 40 daripada mereka ditahan selepas didapati
tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
A.
Sahak berkata operasi itu akan diperluaskan ke beberapa ladang kelapa
sawit di sekitar daerah ini bagi memastikan majikan menggaji pekerja
asing yang memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.
Sumber: BERNAMA