Menu

JABATAN LOGISTIK MENGUNGGULI KIK PDRM 2014

JABATAN LOGISTIK MENGUNGGULI KIK PDRM 2014
Berita : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan & Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan


SEREMBAN, 25 Jun 2014 - Kumpulan X-CALIBUR dari Bahagian Persenjataan, Jabatan Logistik telah merangkul Johan bagi Kategori Teknikal sementara Kumpulan InfoT dari Bahagian Teknologi Maklumat, juga dari Jabatan Logistik pula menjadi Johan bagi Kategori Pengurusan di Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PDRM Tahun 2014.


Naib Johan bagi Kategori Pengurusan telah disandang oleh Kumpulan D'Cradle dari Bahagian Teknologi Maklumat, Maktab PDRM Kuala Lumpur dan tempat Ketiga pula Kumpulan My Stripe dari Cawangan Trafik Bukit Aman.


Bagi Kategori Teknikal, Kumpulan U-7 dari Unit 7, Pasukan Simpanan Persekutuan , Seremban merangkul Naib Johan dan tempat Ketiga pula Kumpulan Rated-X dari Jabatan Logistik Kontinjen Sarawak.


Sementara itu, Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah merangkul Johan bagi Anugerah Inovasi PDRM 2014 dan Naib Johan pula, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman dan tempat Ketiga, Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik Bukit Aman.


Majlis Penyampaian Sijil/Hadiah Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) dan Anugerah Inovasi PDRM 2014 telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan malam tadi.


Turut hadir di majlis ialah YDH Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Ketua Polis Negeri, Komander Briged PGA, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Awam, Peserta Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif dan tetamu jemputan.











Majlis Penyampaian Sijil/Hadiah Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) dan Anugerah Inovasi PDRM 2014 di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.


Tempat Ketiga Kategori Teknikal, Kumpulan Rated-X dari Jabatan Logistik Kontinjen Sarawak.


Kategori Teknikal, Kumpulan U-7 dari Unit 7, Pasukan Simpanan Persekutuan , Seremban merangkul Naib Johan


Kumpulan X-CALIBUR dari Bahagian Persenjataan, Jabatan Logistik telah merangkul Johan bagi Kategori Teknikal


Tempat Ketiga Kategori Pngurusan, Kumpulan My Stripe dari Cawangan Trafik Bukit Aman.


Naib Johan bagi Kategori Pengurusan telah disandang oleh Kumpulan D'Cradle dari Bahagian Teknologi Maklumat, Maktab PDRM Kuala Lumpur


Kumpulan InfoT dari Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Logistik, Johan bagi Kategori Pengurusan


Anugerah Inovasi PDRM 2014. Tempat Ketiga, Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik Bukit Aman.


Anugerah Inovasi PDRM 2014. Naib Johan pula, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman



Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah merangkul Johan bagi Anugerah Inovasi PDRM 2014


Ketua Polis Negeri Sembilan menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara


Ketua Polis Negeri Sembilan menyerahkan momento untuk penganjur Hari Inovasi 2015 kepada Ketua Polis Selangor.


Jabatan Logistik paling banyak merangkul kejayaan di Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PDRM Tahun 2014.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS