Menu

KERINGAT PASUKAN KESELAMATAN NEGARA DIHARGAI

Oleh : Kpl Edwind Indo
Foto : Kpl Edwind & Konst Shazril

KERINGAT PASUKAN KESELAMATAN NEGARA DIHARGAI

Kuala Lumpur, 3 Julai – Sebanyak 49, 300 bungkusan hari raya telah disumbangkan oleh Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) kepada pasukan keselamatan negara di Bangunan BAKTI Siti Hasmah, hari ini.

Majlis penyampaian bungkusan itu dirasmikan oleh Yang DiPertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor akan diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang akan menjalankan tanggungjawab menjaga ketenteraman dan keamanan negara pada hari lebaran nanti.

Menurutnya, ahli-ahli BAKTI turut dibantu oleh penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang tidak melepaskan peluang bersama-sama menghargai tugas serta pengorbanan mereka yang tinggi.

Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato Sri Khalid Abu Bakar mewakili warga PDRM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan kepimpinan BAKTI serta seluruh ahlinya yang menyediakan sumbangan sebagai pemangkin semangat untuk terus berjasa.

Majlis turut dihadiri oleh Panglima ATM, Y.Bhg Tan Sri Dato' Sri Dr. Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Pengarah Penguatkuasaan APMM, Y.Bhg Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish, Pegawai Tinggi PDRM/ATM, Ahli-Ahli BAKAT/PERKEP dan wakil media.





Ketibaan tetamu disambut oleh ahli-ahli PERKEP Malaysia


Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara


Antara Pucuk Pimpinan yang hadir


Ucapan perasmian oleh Yang DiPertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor


Majlis penyerahan bungkusan hari raya kepada YDH Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara


Majlis penyerahan bungkusan hari raya kepada Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Imran binti Ibrahim, Pengerusi PERKEP Malaysia


Majlis penyerahan bungkusan hari raya kepada YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM


Majlis penyerahan bungkusan hari raya kepada YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM


Majlis penyerahan bungkusan hari raya kepada YDH Datuk Abd Razak bin Abd Ghani, Timbalan Pengarah Gerakan Jabatan KDN/KA mewakili Pengarah Jabatan KDN/KA


Ucapan balas YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara


Majlis membuka bungkusan hari raya

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS