LELAKI BAWA 2 KG DADAH DIBERKAS
Kuala
Lumpur, 8 Julai - Seorang lelaki warga tempatan yang baru tiba di Balai
Ketibaan Domestik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
ditahan selepas pemeriksaan pihak polis menjumpai sejumlah dadah jenis
syabu seberat dua kilogram disembunyikan di dalam sebuah kotak pembesar
suara yang dibawa oleh suspek, bulan lalu.
Suspek
yang difahamkan baru tiba dari Sabah dan tidak mempunyai pekerjaan itu
ditahan dan diperksa oleh pihak polis selepas dia dikatakan berkelakuan
mencurigakan.
Nilai harga pasaran dadah
yang dirampas adalah berjumlah RM300,000 dan suspek ditahan di bawah
Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut.