POLIS MARIN TAHAN JURAGAN, RAMPAS BOT BERSERTA ROKOK KRETEK DI TAWAU
Kuala Lumpur, 21 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang juragan
bot dan merampas sebuah bot yang mengandungi puluhan kotak rokok kretek
tiruan di pinggir Limbungan Tanjung Batu, Tawau, Sabah, petang semalam.
Komander
PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad Madun hari ini berkata rokok itu
dijumpai semasa pemeriksaan ke atas sebuah bot yang didapati
mencurigakan.
"Puluhan
kotak rokok kretek pelbagai jenama disimpan di dalam bot berkenaan. PPM
merampas kesemua rokok-rokok berkenaan dan menahan lelaki tempatan
berusia 21 tahun yang bertindak sebagai juragan bot untuk siasatan
lanjut," katanya dalam kenyataan di laman rasmi Facebook Polis Diraja
Malaysia (PDRM).
Menurut Mohamad, bot berserta enjin dan rokok yang dianggarkan bernilai RM148,000 itu dibawa ke markas PPM Tawau.
Sumber: BERNAMA