SUAMI ISTERI DITAHAN BERSAMA 80 BOTOL HEROIN DI DUNGUN
Dungun,
22 Jun - Sepasang suami isteri diberkas bersama 80 botol serbuk putih
dipercayai dadah jenis heroin bernilai kira-kira RM36,000 dalam serbuan
jam 9 malam di rumah sewa mereka di Kampung Balai Besar, Jumaat lalu.
Ketua
Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata suami berkenaan
berusia 21 tahun sementara isterinya berusia 17 tahun.
"Hasil
pemeriksaan polis di dalam sebuah bilik rumah suspek itu menemui 10
botol berisi serbuk putih dipercayai heroin sebelum suspek membawa polis
ke belakang rumahnya.
"Siasatan
lanjut kami berjaya menemui 70 botol lagi berisi serbuk yang sama yang
dibungkus di dalam kertas surat khabar dan diletakkan di dalam sebuah
tin biskut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya selain itu polis turut merampas wang tunai berjumlah RM6,000 dan dua buah motosikal milik suspek turut disita.
"Kita
berjaya merampas 80 botol dadah yang dianggarkan kira-kira 450 gram dan
ini merupakan kejayaan terbesar di daerah ini sejak empat tahun lalu
hasil maklumat awam dan risikan.
Ahmad
Zailani berkata kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari dari
tarikh tangkapan dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta
Dadah Berbahaya.
Sumber: BERNAMA