Menu

BUNGKUSAN HARI RAYA TANDA PENGHARGAAN KEPADA WARGA PDRM

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp Hamizah binti Abu Bakar
Foto : Kpl Shareel bin Shahriman

BUNGKUSAN HARI RAYA TANDA PENGHARGAAN KEPADA WARGA PDRM

Bukit Aman, 16 Julai – Sebanyak 4, 707 bungkusan Hari Raya telah diagih kepada pegawai dan anggota apabila menjelang Syawal nanti, dalam Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM di Mes Pegawai Kanan, pagi tadi.

Bungkusan tersebut telah diserahkan sediri oleh Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar dengan disaksikan kira-kira 300 ahli Persatuan PERKEP dan sebahagian warga PDRM yang hadir memeriahkan majlis.

Hari raya Aidilfitri akan disambut seluruh umat Islam tidak lama lagi, namun demi memikul tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, warga PDRM sanggup berjauhan daripada keluarga untuk memastikan keselamatan dan keamanan negara serta rakyat dilakukan.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar dengan adanya bungkusan Hari Raya yang diagihkan kepada para petugas pada perayaan itu nanti sedikit sebanyak dapat mengubat hati mereka.

Beliau turut menyeru kepada semua warga PDRM supaya mengambil kesempatan di bulan Ramadan dan Syawal ini untuk mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti keagamaan seperti berterawih dan mengadakan rumah terbuka.

Saya ujar YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar lagi mengucapkan Selamat Bertugas, Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dalam ucapan.

Hadir sama adalah Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah-pengarah PDRM, pegawai kanan dan anggota polis.







Antara yang hadir


Bacaan doa dipimpin oleh Insp Ridhuan bin Zaini


Majlis simbolik penyerahan bungkusan kuih raya Aidilfitri oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Imran binti Ibrahim kepada Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar


Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar menyampaikan ucapan


Penyerahan bungkusan kuih raya Aidilfitri kepada Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin


Penyerahan bungkusan kuih raya Aidilfitri kepada YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM


Penyerahan bungkusan kuih raya Aidilfitri kepada YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik


Penyerahan bungkusan kuih raya Aidilfitri kepada YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM


Penyerahan bungkusan kuih raya Aidilfitri kepada YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM


Penyerahan bungkusan kuih raya Aidilfitri kepada YDH Dato' Sri Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM


Penyerahan bungkusan kuih raya Aidilfitri kepada YDH Dato' Rusli bin Ahmad, mewakili Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM


Penyerahan bungkusan kuih raya Aidilfitri kepada YDH Datuk Mazlan bin Mansor, mewakili Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM


Penyerahan bungkusan kuih raya Aidilfitri kepada YDH Dato' Acryl bin Sani, Ketua Polis Negeri Perak 


Penyerahan bungkusan kuih raya Aidilfitri kepada YDH Dato' Ahmad bin Ibrahim, Ketua Polis Kedah


Penyerahan bungkusan kuih raya Aidilfitri kepada YDH Dato' Sharifuddin bin Abd. Ghani, Ketua Polis Pahang


Penyerahan bungkusan kuih raya Aidilfitri kepada YDH Dato' Wira Abd. Rahim bin Haji Hanafi, Ketua Polis Pulau Pinang


Penyerahan bungkusan kuih raya Aidilfitri kepada YDH Dato' Tajudin bin Md. Isa, Ketua Polis Kuala Lumpur


Penyerahan bungkusan kuih raya Aidilfitri kepada YDH Dato' Osman bin Haji Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS