
Orang Dikehendaki - SUSPEK KES BUNUH SEDANG DIKESAN
Kuala Lumpur, 3 Julai 2013 - Polis Kuala Lumpur sedang memburu seorang lelaki dipercayai suspek utama kes bunuh yang berlaku pada 16 Jun 2013 berdekatan pusat membeli-belah Times Square, Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Suspek pernah dilihat di tempat kejadian dipercayai seorang penagih dadah dan mempunyai tujuh rekod jenayah membabitkan curi kenderaan serta pernah ditangkap kerana memilik senjata berbahaya. Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek-suspek tersebut boleh menghubungi Bilik Gerakan JSJ D9 IPK Kuala Lumpur ditalian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakancop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL (Rakancop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.