Menu

SIASATAN KES BUNUH WARGA BRITAIN SIAP


Kuching, 12 Ogos - Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan dua pelajar perubatan warga Britain di Jalan Abell di sini pada Ogos lalu telah siap sepenuhnya dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat untuk pendakwaan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, siasatan kes tersebut selesai selepas tertangkapnya lima suspek lelaki yang masih dalam tahanan reman pihak polis ketika ini.

"Suspek kelima ditahan pada 8 Ogos lalu di rumahnya di Jalan Matang, Kuching selepas kami menyoal siasat empat suspek yang ditahan pada hari kejadian.

"Tiga suspek akan direman sehingga 13 Ogos, suspek keempat sehingga 14 Ogos manakala suspek kelima sehingga 15 Ogos ini,” katanya lagi.


Sumber: Kosmo
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS