Muar, 19 Ogos - Polis menahan seorang penganggur kerana memiliki senapang buatan sendiri berserta 14 butir peluru di sebuah pondok di Kampung Tengah dekat sini, Jumaat lalu.
Dalam serbuan jam 9.40 malam itu, polis turut menemui sebuah sistem kedudukan global (GPS), empat telefon bimbit, sebuah iPad dan tujuh jam tangan pelbagai jenama.
Pemeriksaan terhadap sebuah pondok membawa kepada penemuan selaras senapang buatan sendiri yang belum lengkap, 14 butir peluru berukuran 5.56 milimeter (mm), dua kelongsong peluru 40mm, 14 butir kelongsong peluru 7-62mm.
Siasatan awal mendapati suspek positif syabu dan sedang menyiasat penemuan senjata itu serta pelbagai barangan dalam pondok berkenaan.
Sumber: Berita Harian