Menu

POLIS MALAYSIA-THAILAND KOMITED BANTERAS JENAYAH RENTAS SEMPADAN

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : PF/21306 Siti Fatimah Abd Manan


Serdang, 20 Ogos – Usaha memerangi jenayah rentas sempadan melibatkan dua buah negara akan terus diperhebat melalui kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP).

Menurut Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM YDH Dato’ Seri Mohammad Fuzi Bin Harun kehadiran delegasi itu dalam Majlis Mesyuarat Kali Ke-22 Jawatankuasa Kerja PDRM-RTP yang diadakan di Hotel Palace Of Golden Horse sejak tiga hari lalu telah mewujudkan satu platform utama antara dua agensi penguatkusa utama bagi menangani aktiviti jenayah seperti pengganas, jenayah siber, penyeludupan manusia, dadah, senjata api dan sebagainya.

“Saya berharap pertemuan hari ini akan membentuk satu kerjasama baik dan lebih luas antara Polis Diraja Thai dengan Polis Diraja Malaysia”, tambah beliau.

Delegasi Thailand yang diketuai oleh Police General Y.Bhg Udom Raksiltham bersama 15 pegawai kanan turut bertukar-tukar pengetahuan, kepakaran serta risikan keselamatan negara dengan pegawai kanan PDRM yang turut serta.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Mohmad bin Salleh.


Ketibaan Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM YDH Dato’ Seri Mohammad Fuzi Bin Harun dan Police General Udom Raksiltham


Antara yang hadir


Antara yang hadir


Pengerusi Majlis Mesyuarat Kali Ke-22 Jawatankuasa Kerja PDRM-RTP


Antara yang hadir


Antara yang hadir


Antara yang hadir


Antara yang hadir


Antara yang hadir


Antara yang hadir


Antara yang hadir


Juru acara majlis


YDH Dato’ Seri Mohammad Fuzi Bin Harun mewakili Pengerusi Delegasi PDRM


Police General Udom Raksiltham mewakili Pengerusi Delegasi RTP


Majlis Bergambar Kenangan


Majlis menandatangani dokumen persetujuan kerjasama PDRM-RTP


Majlis penyerahan dokumen persetujuan kerjasama PDRM-RTP


Majlis penyampaian cenderahati  kenangan


Majlis penyampaian cenderahati  kenangan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS