Menu

POLIS MALAYSIA-THAILAND RAI MALAM PENUTUP JAWATANKUASA KERJA PDRM-RTP

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : PF/21306 Siti Fatimah Abd Manan

Serdang, 21 Ogos – Selepas tiga hari berlangsung Majlis Mesyuarat Kali Ke-22 Jawatankuasa Kerja PDRM-RTP, delegasi Malaysia-Thailand diraikan dalam Majlis Makan Malam yang berlangsung di Hotel Palace Of The Golden Horses sebagai tanda penutupan mesyuarat kerjasama dua buah negara, malam tadi.

Mesyuarat tersebut berjaya mewujudkan persetujuan antara dua agensi penguatkuasa utama, Polis Diraja Malaysia dan Polis Diraja Thailand untuk bersama-sama menangani aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk pengganas, jenayah siber, penyeludupan manusia, dadah, senjata api dan sebagainya.

“Saya sangat yakin dengan apa telah dikongsikan sepanjang mesyuarat akan kekal sebagai perlindungan dalam sebarang bentuk ancaman keselamatan bagi kedua-dua negara, Malaysia dan Thailand," ujar Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, YDH Dato’ Seri Mohammad Fuzi Bin Harun mewakili Pengerusi Mesyuarat Delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tetamu dalam majlis sederhana tersebut dihiburkan dengan tarian dan nyanyian oleh PDRM, nyanyian dari artis undangan Dina serta lawak jenaka oleh artis tempatan Malaysia, Helmi gimik.


Sekitar majlis ketibaan tetamu


Sekitar majlis ketibaan tetamu


Sekitar majlis ketibaan tetamu


Sekitar majlis ketibaan tetamu


Sekitar majlis ketibaan tetamu


Sekitar majlis ketibaan tetamu


Ketibaan Pengerusi Majlis Mesyuarat PDRM-RTP, YDH Dato’ Seri Mohammad Fuzi Bin Harun dan Y.Bhg Police General Udom Raksiltham


Antara yang hadir


Persembahan tarian kebudayaan oleh Muzium PDRM


Juru acara majlis


Ucapan YDH Dato’ Seri Mohammad Fuzi Bin Harun, Pengarah Pengurusan PDRM


Persembahan oleh Quentect PDRM


Persembahan nyanyian oleh artis undangan Dina


Hiburan lawak jenaka oleh Helmi gimik


Y.Bhg Police General Udom Raksiltham


Persembahan nyanyian oleh Polis Diraja Thailand


Persembahan nyanyian oleh Polis Diraja Thailand


Persembahan nyanyian oleh Polis Diraja Thailand


Persembahan YDH Dato’ Seri Mohammad Fuzi Bin Harun


Persembahan nyanyian Polis Diraja Malaysia


Tarian poco-poco bersama tetamu
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS