SEPANG, 24 Ogos - Dua mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 tiba di Malaysia hari ini dengan diberi penghormatan dalam istiadat ringkas namun penuh penghormatan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.
Malaysia juga bertafakur selama seminit mulai 8.41 pagi sebagai tanda penghormatan terhadap mangsa tragedi itu.
Muram dan sayu menyelubungi istiadat penghormatan tentera seperti yang diterima 20 korban mangsa nahas MH17 pada Jumaat, Pesawat komersial MH19 membawa kumpulan kedua jenazah mangsa nahas itu berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam pada tengah hari (6 petang waktu Malaysia) pada Sabtu dan mendarat di terminal utama KLIA pada 6.45 pagi.
Ia kemudian mula bergerak ke kawasan kompleks pada 8.25 pagi sebelum berhenti sepenuhnya untuk istiadat itu pada 8.30 pagi.
Hadirin termasuk kenamaan, pegawai kerajaan dan waris cuba melawan sebak serta tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih terutama ketika keranda jenazah dan kendi berisi abu mayat mula diturunkan dari pesawat itu dan diusung serta dibawa ke dalam dua kenderaan jenazah.
Jenazah pertama yang dibawa turun ialah Mohd Ghafar diikuti abu Ng.
Mohd Ghafar dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Kosas, Ampang manakala Ng akan dihantar ke Xiao En Bereavement Care Sdn Bhd di Cheras, Kuala Lumpur.
Sebaik sahaja kedua-dua pintu kenderaan jenazah ditutup, pengerusi majlis membuat pengumuman kepada hadirin untuk bertafakur.
Suasana semakin sebak apabila kenderaan jenazah mulai bergerak untuk meninggalkan kawasan Kompleks Bunga Raya KLIA.
Berada di Kompleks Bunga Raya sempena istiadat penghormatan mangsa pesawat MH17 itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Selain waris dan keluarga, turut dilihat hadir ialah sekumpulan anak kapal MAS, anggota keluarga serta waris penumpang pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim bertanya khabar kepada waris mangsa MH17

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, mengucapkan takziah kepada waris mangsa MH17

Antara kru penerbanganl MAS sedang membaca surah Yassin

Ahli keluarga jenazah mangsa nahas MH17 tidak dapat menahan sebak

Ahli keluarga jenazah mangsa nahas MH17 tidak dapat menahan sebak

Pesawat komersial MH19 membawa kumpulan kedua jenazah mangsa nahas hari ni

Antara kru penerbangan MAS tidak dapat menahan sebak

Antara kru penerbangan MAS yang hadir

Antara kru penerbangan MAS tidak dapat menahan sebak

Ketika upacara istiadat penghormatan tentera kepada jenayah mangsa MH17

Ketika upacara istiadat penghormatan tentera kepada jenayah mangsa MH17

Ketika upacara istiadat penghormatan tentera kepada jenayah mangsa MH17

Sebaik sahaja kedua-dua pintu kenderaan jenazah ditutup, kesemua hadirin bertafakur selama seminit

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika majlis penghormatan

Petugas Polis Trafik PDRM turut membantu melancarkan perjalanan

Antara wakil-wakil PDRM yang turut hadir bagi memberi penghormatan kepada jenazah mangsa MH17