
EMPAT DITAHAN TERLIBAT KES DADAH
Johor Bahru - Polls menahan empat individu disyaki terlibat kegiatan dadah, hujung Ogos lalu. Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, polis pada mulanya menangkap seorang lelaki kira-kira jam 10.30 pagi, 28 Ogos lalu.
Menurutnya, penahanan lelaki pertama membawa kepada penahanan dua lelaki lain dan seorang wanita.
"Penahanan lelaki pertama, kita turut merampas se-pucuk pistol jenis Smith & Wesson, sembilan butir pe-luru, sekeping Autopass,' topi keledar, telefon bimbit motosikal, kunci elektronik berlogo BMW dan sebuah kereta jenis BMW.
"Serbuan susulan telah dibuat dan berjaya menahan dua lelaki dan satu wanita di beberapa lokasi sekitar Tampoi. Semua suspek berusia antara 30 hingga 54 tahun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman. Ismail berkata, salah seorang suspek memiliki sembilan rekod kesalahan lampau iaitu melibatkan kes Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39(A)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 dan boleh di-hukum penjara selama 14 ta-hun serta dikenakan sebatan tidak kurang daripada enam kali.
Sumber: Akhbar Sinar Harian