Kuala Lumpur, 15 Sept – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan menyematkan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis kepada 247 penerima.
Mendahulu senarai penerima Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) ialah CP Datuk Seri Mohmad Salleh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, diikuti penerima CP Ng Joo Hee, Commissioner of Police Singapore dan Pol. Gen. Watcharapol Prasarnrajkit, Deputi Commissioner General Police Thailand.
Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), dikurniakan kepada 27 pegawai kanan polis antaranya SAC Saiful Azly Hj. Kamaruddin, SAC Omar Mammah, ACP Datin Asmawati Ahmad, ACP Abdul Majid Mohd Ali, ACP Shaharon Anuar Abdul Latif, ACP Dr. Mustafa Khan Abdul Samad dan ACP Kumaran Karuppannan.
Darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP) kepada seramai 85 penerima, antaranya Supt. Norizan Murad, Supt. Ahmad Fuad Othman, Supt. Rajagopal Ramadhass, Supt. Ng Keok Chai, DSP Gan Tong Ki, DSP Toipi Lamat, DSP Rozita Md Don, DSP Siti Isah Surin, , ASP Hj. Abu Hassan Hamidon, ASP Samad Abdullah, ASP Abdul Lamat Hj. Taman, ASP Harlina Masnan dan ASP Wong Tee Kue.
Tujuh penerima Darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP), iaitu P/ASP Mohd Fairus Jaafar, Insp. Zulkifli Ishak, Insp. Nasir Ahmad, Insp. Mohd Nizam Mohd Noor, Insp. Surayah Ahmad, Insp. Zainal Jaafar dan Insp. Suhana Atan.
Seterusnya Darjah Bentara Pasukan Polis (BPP), seramai 121 penerima, antaranya S/Insp. Hashim Hussin, S/Insp. Mohd Rosli Ab. Rahman, S/Insp. Lee Kok Chee, SM John Guyang, SM Nik Rosilawati Mohamad, Sjn. Jasbir Singh Karam Singh, Sjn. K. Thauyananthan, Sjn. Yusof Selamat, Kpl. Fedro Tensy, L/Kpl. Willfred Jabun, Konst. Rosli Ahmad, Kpl/S. Muhamad Idham Ismail, Konst/S. Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi dan Konst/S. Mohd Lokman Akimi Mat Roji.
Manakala tiga penerima Pingat Keberanian Polis (PKP), iaitu ASP Mohamad Hasnal Jamil, Konst. Mohd Akram Che Hussain dan Konst. Mohd Suhaimi Mohd Razali.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, berkenan mencemar duli berangkat ke istiadat itu.
Turut hadir Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan Dato’ Sri Mohamad Khalid Hj. Shariff, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.
Istiadat penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Dan Pingat Keberanian Polis Sesi 1/2014 itu diadakan di Istana Negara sempena Peringatan Hari Polis Ke 207 Tahun 2014.