Menu

KIRIMAN DADAH MELALUI KURIER, LELAKI TEMPATAN DICEKUP

Kuala Lumpur, 12 Sept – Ekoran penahanan tiga lelaki warga Nigeria bersabit kes kiriman dadah melalui perkhidmatan kurier pada awal bulan ini, pihak polis telah mempergiatkan usaha dalam mengesan ahli-ahli sindiket dan terbaru, pada 8 September lalu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan dengan sejumlah rampasan dadah jenis syabu ketika sedang menerima kotak-kotak kiriman di syarikat kurier terbabit.

Pihak polis telah menemui 1.7 kilogram syabu dalam kotak-kotak tersebut dan anggaran nilai harga pasaran dadah yang dirampas adalah RM340,000.

Suspek yang berusia 46 tahun juga mempunyai rekod jenayah lampau kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Siasatan masih diteruskan untuk mengenalpasti ahli-ahli sindiket yang terlibat.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS