Menu

NELAYAN TAHI DADAH ANTARA 83 PENAGIH DITAHAN



Seberang Perai - Seorang lelaki dipercayai penagih dadah sanggup menggadaikan nyawa dengan terjun ke dalam sungai di Kuala Muda, Kepala Batas di sini semalam bagi mengelakkan dicekup polis dalam Ops Mutiara Bersepadu. 

Lelaki itu bagaimanapun berjaya diselamatkan sebelum ditahan bersama 82 yang lain dalam operasi selama tujuh jam bermula pukul 4 pagi di empat lokasi di daerah ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Guan Beng Kang berkata, lelaki berusia 30-an itu berjaya diselamatkan anggota polis marin yang terlebih dahulu mengepung kawasan itu bersama dua buah hot. 

Menurut beliau, operasi berkenaan yang disertai 96 anggota dan pegawai itu menyasarkan empat kawasan panas penagihan dadah iaitu di Kuala Muda, Pinang Tunggal, Baka Tua dan Kuala Bekah di Kepala Batas di sini. 

"Kita menahan seramai 83 lelaki berusia antara 20 hingga 60 tahun yang dipercayai penagih dadah dengan dua daripadanya merupakan warga Thailand dan seorang warga Pakistan. 

"Kita turut merampas beberapa paket dadah heroin dan syabu dengan sebahagian yang ditahan merupakan nelayan di kawasan tersebut" kata beliau.

Sumber: 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS