Menu

SABUNG AYAM: TUJUH LELAKI TERGAMAM DISERBU POLIS



Miri - Keseronokan tujuh lelaki yang sedang menyabung ayam terbantut selepas mereka diserbu sepasukan polis di kawasan tanah lapang Ladang Mega Jutamas Niah, Jalan Miri-Bintulu di sini kelmarin, 

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pelang itu, sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenavah Ibu Pejabat Polis (IPD) Miri memberkas tujuh suspek tersebut yang berumur lingkungan 19 liingga 69 tahun. 

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, serbuan tersebut dilakukan hasil risikan dan makmumat oraig ramai dan suspek terdiri daripada seorang lelaki Cina, tiga lelaki Iban, seorang lelaki Kelabit dan dua lelaki warga Indonesia. 

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lima ekor ayam hidup, sekeping papan yang dipercayai untuk mencatat pertaruhan dan seunit alat penimbang. 

"Kami turut menemui dan merampas sebuah beg sandang yang mengandungi 15 bilah taji ayam dan sebilah pisau bersarung sepanjang 28 sentimeter yang diletakkan di kawasan berhampiran," katanya ketika dihubungi Kosmo semalam. 

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 3(1) LangkahLangkah Pencegahan Penganiayaan Binatang 1952 dan Seksyen 7(1) Akla Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahava 1958.

Sumber: Akhbar Kosmo
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS