KIK: PENINGKATAN KUALITI SEIRING TEKNOLOGI Putrajaya, 28 Okt - Peningkatan, penambahbaikan kualiti serta produktiviti kerja khususnya dalam aspek penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan sekaligus menjadi pengiktirafan kepada anggota yang terlibat merupakan antara objektif utama Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada kali ini. Bertempat di Dewan Auditorium, Kompleks D Putrajaya, Konvensyen KIK yang berlangsung selama lima hari mulai semalam telah menghimpunkan 33 kumpulan daripada tujuh jabatan yang bernaung di bawah KDN. Antara beberapa projek yang dibentangkan dalam konvensyen tersebut antaranya ialah bagaimana mengatasi masalah kelewatan dan kesilapan proses pendaftaran notis saman had laju, penambahbaikan semakan permohonan pembetulan butiran kelahiran, kesukaran melaksanakan operasi mengesan penagih dadah dan penambahbaikan sistem rekod. Konvensyen KIK kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Haji Hasim Bin Haji Ismail. GAMBAR SEPANJANG MAJLIS
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8 ke atas dan resolusi skrin 1280 x 800 Disediakan oleh : Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Telefon: +603 - 2266 2222 E-mel : rmp[at]rmp[dot]gov[dot]my Bantuan Portal | Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hakcipta Terpelihara PDRM 2016