Oleh : Kpl Aslam Syir Khan Penyunting : Kpl Edwind Indo Bukit Aman , 29 Oktober – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima satu kunjungan hormat dari Commissioner Of Singapore Police Force (SPF), Mr. Ng Joo Hee, tengahari tadi. Kunjung hormat yang merupakan kali terakhir buat Ketua Polis Singapura itu disambut mesra oleh Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar di Pejabat Ketua Polis Negara, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebagai tanda hubungan dua hala dengan pasukan keselamatan itu. Mr. Ng Joo Hee akan menamatkan perkhidmatan pada Januari tahun hadapan dan diganti oleh DCP II SPF, Mr. Hoong Wee Teck. Sekitar kunjungan hormat Majlis penyampaian cenderahati kenangan Majlis penyampaian cenderahati kenangan Majlis menandatangani buku pelawat Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8 ke atas dan resolusi skrin 1280 x 800 Disediakan oleh : Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Telefon: +603 - 2266 2222 E-mel : rmp[at]rmp[dot]gov[dot]my Bantuan Portal | Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hakcipta Terpelihara PDRM 2016