Menu

OPS DADU PASTIKAN TERENGGANU SIFAR MESIN JUDI

Kuala Terengganu, 29 Oktober - Polis Terengganu sedang mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan melalui Ops Dadu bagi memastikan negeri itu bebas daripada kegiatan mesin judi haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, operasi itu dipertingkatkan setelah menyedari terdapat pengusaha pusat-pusat mesin judi dari luar yang mengintai peluang untuk membuka perniagaan di negeri ini setelah semakin tertekan di negeri lain.

"Di Terengganu, semua sedia maklum kita masih terkawal dari mesin judi serta aktiviti pelacuran dan sejak akhir-akhir ini didapati banyak pengusaha pusat judi luar terutama yang telah diserbu pihak berkuasa memilih Terengganu sebagai lokasi baharu tetapi cubaan itu berjaya dikesan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.



Sumber: Utusan Malaysia
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS