Menu

15 KAKI JUDI BERTEMPIARAN LARI DISERBU POLIS


Melaka, 30 Okt. - Kira-kira 15 individu termasuk tiga wanita dipercayai kaki judi siber lari bertempiaran selepas sebuah pusat judi haram di Taman Kesidang Seksyen 2, Lorong Pandan dekat sini diserbu sepasukan polis, malam tadi. 

Dalam serbuan kira-kira pukul 7 malam itu, kesemua pelanggan dan penjaga premis judi berkenaan melarikan diri melalui pintu belakang setelah mengesan kehadiran sepasukan polis melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di luar bangunan tersebut. 

Serbuan oleh Bahagian Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri itu bagaimanapun berjaya menahan dua lelaki masing-masing berumur 37 dan 70 tahun yang tidak sempat meloloskan diri. 

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS