Majlis Perbandaran Klang berhasrat untuk menjadikan daerah itu bebas daripada kegiatan judi haram dengan bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Yang Di Pertua MPK, Datuk Mohammad Yacob berkata, adalah menjadi hasratnya sejak memegang jawatan tertinggi MPK itu untuk menjadikan Bandar ini bebas daripada perkara negatif, namun pihaknya mempunyai undang-undang yang terhad.
Menurutnya, kegiatan pusat judi haram ini perlu dihapuskan dengan segera kerana ia mengganggu kesejahteraan dan keamanan Bandar yang terkenal dengan jolokan Bandar Diraja itu.
SUMBER : HARIAN METRO