Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses akhir mendapatkan persetujuan menjalin kerjasama dengan polis Thailand bagi melumpuhkan empayar kongsi gelap Malaysia yang bermaharajalela di Negara jiran itu selepas melarikan diri daripada Ops Cantas Khas.
Kejayaan menjalinkan kerjasama bagi kedua-dua buah Negara itu bakal melenyapkan markas persembunyian samseng-samseng Malaysia yang beranggapan mereka bebas daripada terus menjadi buruan kerana berada di Negara jiran.
SUMBER : KOSMO