Polis negeri memberi jaminan semua daerah di negeri ini kini bersih daripada kegiatan judi haram.
Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof berkata, operasi untuk membanteras premis-premis judi haram itu akan dijalankan secara berterusan walaupun tempoh amaran yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berakhir hari ini.
“Saya boleh katakana dengan semua operasi yang telah kita jalankan secara berterusan sejak dahulu, Kedah kini bersih daripada sebarang kegiatan premis judi haram.
“Saya minta masyarakat yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan ini sila maklumkan kepada pihak polis dengan segera dan kita akan banteras kegiatan ini habis-habisan, dia buka kembali premis kita akan ‘sapu’ terus,” katanya ketika siding akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini, hari ini.