Menu

PPM WILAYAH 1 BANTU KESAN LIMA LAGI RANGKA MOTOSIKAL CURI




Menurut komandernya ACP Mohd Yusof Abdullah, pasukannya telah memberi bantuan selaman dari jam 11 pagi hingga 4.30 petang bagi mengesan barang kes curi motosikal yang disiasat oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan. 

“Hasil petunjuk daripada dua orang suspek, polis telah menemui lima rangka motosikal di dasar sungai berkenaan. 

“Tiga daripada rangka tersebut adalah disahkan motosikal yang dilaporkan hilang di Jelutong , Bukit Tambun dan Batu Ferringhi berdasarkan nombor casis yang terdapat pada rangka motosikal yang ditemui itu,” jelas Mohd lagi. 

Kelmarin Unit Selam Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 berjaya mengesan tiga rangka motosikal di Sungai Caruk Bertam, Sungai Parit Panjang dan Sungai Ketil di Baling, Kedah.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS