Selepas serbuan besar-besaran pihak polis ke atas premis-premis mesin judi haram di seluruh Negara sejak minggu lalu, pengusaha terbabit dilihat mula terkesan apabila sebahagian besarnya telah menghentikan operasi mereka.
Bagaimanapun, tindak tanduk mereka itu diyakini hanya muslihat semata-mata. Ini kerana walaupun premis mereka ditutup namun computer dan mesin perjudian masih ditinggalkan di dalamnya, seolah-olah mereka akan kembali meneruskan kegiatan haram itu selepas tamatnya operasi pihak berkuasa.
Kelmarin 1,557 serbuan dilakukan tetapi hanya lapan yang berjaya atau kurang 10 peratus. Selebihnya menutup operasi mereka manakala semalam 1,475 serbuan dan Cuma 12 berjaya.
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA