Menu

HELAH KAKI JUDI ELAK DITAHAN



Seri Kembangan - "Saya hanya tumpang tandas kedai ni..saya tak berjudi pun," itu helah diberi seorang kaki judi apabila premis tempatnya mempertaruhkan wang diserbu polis, petang semalam 

Lelaki bekerja sebagai pemandu teksi berusia 43 tahun itu turut mencipta pelbagai helah lain untuk elak ditahan. 

Dia memohon belas ihsan polis melepaskannya dengan alasan anak masih kecil dan perlu menyambung kerja sebagai pemandu teksi pada waktu petang. 

Apabila alasan diberi tidak diterima, dia akhirnya mengaku sudah menghabiskan sebahagian pendapatan hasil memandu teksi beberapa jam sebelum itu. 

Dalam serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di 10 premis sekitar Taman Pinggiran Putra semalam, sebanyak 28 set komputer dirampas. 

Lapan daripada premis yang diserbu sudah ditinggalkan kosong namun polis berjaya merampas tujuh mesin 'jackpot' di dua premis lain. 

Seramai dua pelanggan dan tiga pekerja ditahan dan dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.

Sumber: Akhbar Sinar Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS