Menu

PDRM RANGKUL 10 PINGAT EMAS DALAM KEJOHANAN MASTERS ATHLETICS OPEN TRACK AND FIELD CHAMPIONSHIPS

Kuala Lumpur, 18 Nov - Seramai 13 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pengurus pasukan DSP Dr Vasu Appu telah menyertai Kejohanan Olahraga “Masters Athletics Open Track and Field Championships” di Singapura ke-35 pada 15 November lalu di Stadium Toa Payuh, Singapura.
Kejohanan itu turut disertai oleh peserta-peserta dari Hong Kong, Sri Lanka, Jepun, Australia serta tuan rumah, Singapura.

Kejohanan yang berlangsung selama satu hari itu memperlihatkan peserta-peserta veteran daripada kategori umur 35 sehingga 80 tahun menyertai dalam pelbagai acara balapan dan padang. 

Walaupun hanya diwakili oleh 13 peserta, PDRM mencatatkan pencapaian yang amat menggalakkan apabila berjaya meraih 10 pingat emas, 4 pingat perak dan 4 pingat gangsa.

Syabas diucapkan kepada atlit veteran PDRM yang berjaya membawa kejayaan yang cemerlang untuk pasukan PDRM seterusnya menaikkan nama Negara Malaysia dalam arena sukan olahraga di peringkat antarabangsa.


Antara peserta dari PDRM yang mengambil bahagian...

Antara peserta dari PDRM yang mengambil bahagian...


Pemenang-pemenang...


Pemenang-pemenang..


Pemenang-pemenang..
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS