Menu

IKRAR TIMBALAN KPN BAHARU

Kuala Lumpur 3 Dis - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang bersara wajib pada 7 September lalu.

Sejajar dengan tanggungjawab yang digalas, beliau berikrar akan mengekalkan budaya kerja kuat dan meneruskan momentum kecemerlangan bagi mengharumkan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain membantu Ketua Polis Negara memimpin PDRM dalam era penuh cabaran masa kini.

Pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Polis Negara adalah berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan, kompetensi dan ciri-ciri kepimpinannya untuk meneruskan tanggungjawab dan kesinambungan dalam menerajui pasukan ke arah menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

CP Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berusia 56 tahun berasal dan Yan, Kedah, berkelulusan Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Fizik dari Universiti Malaya memulakan perkhidmatan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis (Kadet ASP) pada 8 Januari 1984.


Sumber: Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS