Menu

SUSPEK BUNUH, PECAH AMANAH DIBURU

Kuala Lumpur, 3 Dis- Polis kini sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan bunuh seorang warga emas di Flat Sri Selangor November lalu.

Suspek M. Sasitharan, 45 alamat terakhir dikesan di Flat Sri Johor Batu 4, Cheras.

Dalam kes berasingan, seorang kerani K. Ratna Kumar, 38 dicari bagi membantu siasatan pihak polis ekoran daripada kehilangan RM4,640 milik majikannya dalam kejadian Oktober lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kedua-dua individu ini, sila salurkan ke balai polis berhampiran.


Sumber: Sinar Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS