Menu

PPM SERBU KAWASAN PEMUNGGAHAN BALAK HARAM


PPM SERBU KAWASAN PEMUNGGAHAN BALAK HARAM 

Sibu, 11 Dis –Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima telah menyerbu kawasan pemunggahan balak haram dalam satu operasi di Jalan Sibu-Tanjung Manis, dekat sini semalam.

Komandernya ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata, hasil serbuan pihaknya telah merampas 150 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz kerana tiada cop JH iaitu daripada Sarawak Forestry Corporation (SFC) pada batang-batang kayu balak tersebut.

Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM11,250.00.

Kesemua rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak Bahagian Sibu untuk siasatan dan tindakan lanjut.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS