
Georgetown: Seorang lagi individu yang dipercayai dapat membantu siasatan kes pembunuhan lelaki warga Myanmar yang mayatnya dikerat dan dibuang di Bukit Mertajam serta Nibong Tebal bulan lalu kini dikesan polis.
Individu terbabit sudah dikenal pasti identitinya dan ia menjadikan jumlah keseluruhan individu yang diburu polls bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu empat orang.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, identiti dan foto seorang lagi individu terbabit diedarkan dalam masa terdekat dan polis berharap orang ramai memberikan kerjasama dengan menghubungi polis sekiranya mengenali individu berkenaan.
Sumber: Akhbar Harian Metro .