Subang Jaya, 18 Disember – Anugerah Balai League Table (BLT) Tahun 2014 merupakan persaingan buat kali pertama melibatkan (6) kategori balai polis mengikut pecahan A sehingga F berbanding (5) kategori A sehingga E sebelum ini melalui penilaian kuantitatif di peringkat saringan bagi tempoh Januari hingga September 2014.
Sebanyak 30 Balai Polis telah bertanding di peringkat akhir merebut Anugerah BLT Tahun 2014, melalui penilaian kualitatif oleh Panel Penilai BLT PDRM dan Panel Penilai Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
“Inisiatif BLT masih relevan untuk diteruskan sebagai salah satu instrument berkesan bagi mengiktirafkan sumbangan besar balai-balai polis dalam mengurangkan jenayah” kata Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara semasa ucaptamanya di Majlis Penganugerahan Balai League Table Tahun 2014 di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya petang tadi.
Anugerah ini akan menjadi pembakar semangat untuk terus komited dalam mengekalkan undang-undang dan ketenteraman awam demi kepentingan orang ramai, katanya lagi.
Di samping itu, ia dapat meningkatkan motivasi warga balai polis untuk menjalankan tugas dengan lebih gigih dan berkesan pada tahun-tahun mendatang, tambah beliau lagi.
Hadir di majlis tersebut, Komisioner Polis Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pengurusan merangkap Stakeholder Inisiatif BLT dan Che Murad Sayang bin Ramjan, Setiausaha Bahagian, Bahagian Bidang Keberhasilan Negara, Kementerian Dalam Negeri.
Turut hadir, Dato’ Pengarah PDRM, Pesuruhjaya Polis, Ketua-ketua Polis Negeri, Komander-komander Briged, dif-dif jemputan dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.
Keputusan Balai League Table Tahun 2014, Kategori A
Juara : Balai Polis Sg. Besi, Selangor
Kedua : Balai Polis Subang Jaya, Selangor
Ketiga : Balai Polis Batu Pahat, Johor
Keputusan Balai League Table Tahun 2014, Kategori B
Juara : Balai Polis Serdang, Selangor
Kedua : Balai Polis Sandakan, Sabah
Ketiga : Balai Polis Kg. Baru Subang, Selangor
Keputusan Balai League Table Tahun 2014, Kategori C
Juara : Balai Polis Sri Iskandar, Perak
Kedua : Balai Polis Pusat Miri, Sarawak
Ketiga : Balai Polis Kota Damansara, Selangor
Keputusan Balai League Table Tahun 2014, Kategori D
Juara : Balai Polis Kuala Kubu Bahru, Selangor
Kedua : Balai Polis Pontian, Johor
Ketiga : Balai Polis Bagan Serai, Pulau Pinang
Keputusan Balai League Table Tahun 2014, Kategori E
Juara : Balai Polis Labis, Johor
Kedua : Balai Polis Sekama, Sarawak
Ketiga : Balai Polis Ulu Choh, Johor
Keputusan Balai League Table Tahun 2014, Kategori F
Juara : Balai Polis Tubau, Sarawak
Kedua : Balai Polis Lingga, Sarawak
Ketiga : Balai Polis Kayu Ara Pasong, Johor
Kontinjen Johor pula merangkul anugerah Kontinjen Terbaik dalam penilaian peringkat akhir Balai Polis Cemerlang.

Ucapan aluan oleh Komisioner Polis Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pengurusan

Ucaptama oleh Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Juara : Balai Polis Tubau, Sarawak - Kategori F

Kategori E - Juara : Balai Polis Labis, Johor

Kategori D - Juara : Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Selangor

Kategori C - Juara : Balai Polis Sri Iskandar, Perak

Kategori B - Juara : Balai Polis Serdang, Selangor

Kategori A - Juara : Balai Polis Sg. Besi, Kuala Lumpur

Kontinjen Johor pula merangkul anugerah Kontinjen Terbaik dalam penilaian peringkat akhir Balai Polis Cemerlang.