Menu

800 ANGGOTA PGA BATALION 8 BERI BANTUAN DALAM PASCA BANJIR



Kota Bharu, 2 Jan - Kira-kira 800 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 telah dikerah bagi memberi bantuan pada pasca banjir di Kelantan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan itu akan bertanggungjawab membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi-agensi kerajaan mahupun masyarakat untuk membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir besar lalu.

"Pegawai dan anggota dari Batalion 8 telah digerakan bagi membantu membersihkan sekolah, pejabat, rumah dan pelbagai lagi pada pasca banjir ini.

"MaIah Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan udara turut terlibat dalam operasi terbabit. Bagaimanapun, separuh lagi anggota kita telah hantar ke Pahang berikutan bencana banjir semakin buruk di Rompin, Temerloh dan Pekan bagi persediaan menghadapi situasi lebih buruk.

"Anggota PDRM telah bekerja keras ketika beberapa negeri dilanda banjir dan saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi demi masyarakat dan negara," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS