Menu

POLIS NAFI ARAH BANTUAN DITUNDA

Kuantan, 6 Jan - Pihak polis nafi dakwaan kononnya mengeluarkan arahan supaya segala bentuk program sukarela dan penyerahan bantuan banjir di Temerloh, dekat sini ditunda berikutan penularan pen-akit bawaan air, E.coli. 

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Sharifuddin Ab. Ghani berkata, penyebaran kenyataan berhubung perkara tersebut adalah berniat jahat dan sengaja mengelirukan orang ramai. 

"Kita tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu. Mereka berniat jahat dan polis tidak teragak-agak untuk mendakwa mereka mengikut Akta Hasutan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

"Setakat ini, keadaan di Temerloh masih selamat, mana-mana pihak yang mahu menghantar sumbangan boleh melakukannya," ujamya. 

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS